---> IdahakiM
Salam untuk semua....terlebih dahulu aku mohon maaf pada semua.terlalu lama tak berkesempatan menjenguk bolg sendiri. Kalau nak kata tugasan terlalu banyak, orang lain pun ada tugas dan tanggungjawab jugak...boleh lak datang melawat blog aku..tapi itu lah sebenarnya.Banyak masa yang habiskan mengurus kerja-kerja yang diamanahkan. Bila ada kelapangan...aku plak dah kehilangan kudrat...penat dan letih kepala. masa tu dah tak ada kekuatan nak memikirkan pengisian untuk blog ni...bahan bukan tak ada..
Tapi insyaallah, selepas ini aku cuba luangkan masa dan berikan sedikit maklumat supaya dapat berkongsi dengan rakan-rakan di luar sana. Terima kasih pada cikgu Zunurin yang akhirnya dapat mencari aku melalui bolg ini. tak sangka melaluinya ukuwah kita kembali terjalin. Kepada Achik dan rakan-rakan mppp8890. maaf ye tinggalkan kalian secara tetiba dulu. selepas kesibukan mengurus mak mertua yang sakit, aku terus sunyi dan hilang dari lapangan.
Mgkin hari minggu ini aku akan bertemu Osman. Aku akan cerita la serba sedikit perkembangan dgn dia nanti..Kalau korang ada masa, jenguk-jenguk la aku kat blog ni..Kepada rajkan-rakan baru yang mengunjungi.Aku ucapak terima kasih... Salam persahabatan aku ucapkan..
Salam sayang...kita jumpa lagi...
---> IdahakiM
Keh...keh...keh..... tak sangka ramai yang respon bila gambar aku sanding lagi keluar dalam blog mppp8890.


Sebenarnya masa kami naik pelamin dulu dah lama dah 1992. Masa tu anak buah aku...Rosheila n Rosheena Rosdin kecik lagi. Umur diaorang baru 6 tahun rasanya. Sekarang masing-masing dah awal 20-an.Masing-masing dah mengusahakan butik pengantin sorang satu, disamping mak diaorang juga ada butik sendiri. Kebetulan abang ipar nak bernikah baru-baru ini, jadi isteri aku cadangkan untuk kami naik pelamin sekali lagi. Maklumlah , zaman dah berubah.Kelengkapan dan pakaian pengantin sekarang tak sama macam dulu. Anak-anak pun excited nak tengok...


Hasilnya pun memang nampak bezalah...kalau dulu bergambar kita tegak macam tiang jer...sekarang ni juru gambar dah boleh buat macam-macam...tengok je lah sebahagian gambar yang aku sertakan...gambar aku dengan isteri tersayang......
---> IdahakiM

Salam, untuk semua. Baru -baru ini terbaca catatan Achik bertanyakan gambar anak-anak. Blog ini mengunakan paparan yang baru.blog terdahulu ada dimasukkan gambar anak-anak, tapi bila aku buat yag baru gambar-gambar tu semua hilang terus.




Inilah keluarga kami. Gambar ini dirakamkan pada Hari Raya tahun lepas. Masa tu ramai betul adik beradik yang balik berhari raya di kampung. Anak aku yang sulung; Nur Adira Harissa (16 thn), Nur Zihan Hanissa (13 thn), Nur Aiena Hajeerah (9 thn) dan Nur Najmeen Hani (5 thn). Semua puteri. Tak lupa isteri tersayang...Rafidah Ramli.




Isteri aku orang Kajang. Selepas maktab aku diposting ke Kajang.SK.Dusun Tua.Aku dengan Mang S dipostingkan ke sekolah yang sama. Kami tinggal serumah, dari menyewa hinggalah ke rumah guru. Sewaktu di sekolah tu lah aku jumpa isteri aku ni. Sama gak dengan Mang S. Dia pun kenal dan bertemu dengan isterinya sewaktu ngajar di sekolah tu gak.




Isteri aku suri rumah sepenuh masa. Jadi untuk mengisi masanya supaya tak bosan di rumah macam-macam la yang dibuat...apa lagi bisnes kecil-kecilan la...Bisnes apa? Nanti aku bagi tau...
---> IdahakiM
Erti Persahabatan…moga kalian mengerti..


S
ahabat seperjuanganku,
Dalam dunia ini, kita tidak punya sesiapa kecuali diri kita sendiri. Tetapi dalam kita bersendiri, kita sangat beruntung kerana Allah mengurniakan sahabat yang memahami diri kita.

Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat, begitu juga dia. Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Kita Cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita. Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya.

Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri. Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati. Kita beri seribu alasan, ‘memaksa ‘ dia menerima alasan kita. Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaanya? Seperti kita, dia juga rasa kecewa tetapi kita sering terlupa. Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia.

Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan, dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah. Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita sehingga kadang-kadang kita terlupa bahawa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsikan bersama kita.

Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya? Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita? Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya? Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah?

Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah? Bolehkah kita mejadi bahu untuk dia sandarkan harapan? Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari hanya yang bercerita…Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan, kerana dia juga seorang manusia. Dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang, sedih dan kecewa!

Dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan. Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka. Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan, disebalik kesenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan, kita tidak tahu tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu.

Renunglah. Terima kasih padamu, sahabatku… Maafkanlah diriku kerana selalu silap tafsir akan dirimu.

Dari meja seorang sahabat
---> IdahakiM
Salam...

Selamat datang ke paparan blog yang baru. Paparan ini merupakan paparan yang baru dibina dengan tujuan menggantikan paparan yang lama. Diharap paparan ini lebih memudahkan kekawan melayari blog ini dengan selesa dan mudah. Sebelum ni rasanya terlalu banyak item dan serabut pulak mata...

Apa pun kalau ada komen dan perlu penambahbaikan, kami sedia menerima teguran dan membuta pembaharuan